Thursday, 22 December 2016

Apa kata mereka selepas Audit EKSA MAMPU??? Rangkuman koleksi pantun dan kata-kata motivasi EKSA PPPNJ..

Penyelaras EKSA IPPJ

Perkara dah lepas...
Yang mana tak sempurna hendaklah di baiki...
Terima teguran dengan positif...
Kuat kan azam dan tekad..
Sentiasa berusaha untuk kecemerlangan...

Zon Pipit - PPP Kem Mahkota

Bila pipit pulang ke sarang...
Sunyi sepi padi di bendang...
Puas mereka puas mengarang...
Takut nak muncul kurang nya bintang....

Zon Merbok - PPD Batu Pahat

Padi di bendang tengah menguning,
Menunggu masa untuk di tuai,
Janganlah sebab bintang dipening2,
Bukanke eksa cemerlang pasti di tuai.

Zon Merpati - PPPNJ

Alang-alang Tn Bahrain suka makan kerang..
Jgn dibuka kerang dgn parang..
Andai benar pipit mahu pulang ke sarang..
Jgnlah mengalah sebelum pergi berperang..

Zon Pipit - PPP Kem Mahkota

Bukan mengalah sebelum perang...
Senjata tak cukup peluru nya kurang...
Pipit dah cuba belajar terbang....
berbanding merpati makan terhidang...

Zon Tekukur - PPD Kota Tinggi

Dipohon ceri ada semangat,
Penyengat bermain ditepi papan,
Eksa diaudit penyuntik semangat,
Mencipta kecemerlangan masa depan.

#eksaippj
#unitpromosieksaippj
#kearahpersijilancemerlangeksaippj

Terima Kasih Pasukan Panel Penilaian Pengauditan Persijilan EKSA MAMPU

Taklimat Penutupan Pengauditan Persijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) oleh MAMPU


Pada hari ini 22 Disember 2016 telah berlangsung Taklimat Penutupan Pengauditan Persijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) oleh MAMPU bertempat di Bilik Mesyuarat Penjara Simpang Renggam. Taklimat Penutupan ini telah dipengerusikan oleh Yang Setia PKK Raha Binti Jawahir Timbalan Pengarah Penjara Negeri Johor serta dihadiri oleh pegawai dan kakitangan bagi Jawatankuasa EKSA Pejabat Pengarah Penjara Negeri Johor dan Jawatankuasa EKSA Penjara Simpang Renggam.




















































Sekitar Pengauditan Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Oleh MAMPU

Berikut adalah himpunan gambar-gambar yang telah dirakamkan sewaktu Pengauditan Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) oleh  MAMPU di semua Zon yang terlibat dibawah EKSA Pejabat Pengarah Penjara Negeri Johor.













































-ZON MERPATI-
-ZON KELICAP-
-ZON SERINDIT-
-ZON TEKUKUR-
-ZON PIPIT-
-ZON MERBUK-
-ZON MERBAH-


Ke Arah Persijilan Cemerlang EKSA PPPNJ.