Tuesday, 28 February 2017

Info Kesihatan EKSA IPPJ : Basuh tangan dengan cara yang betul

Tangan anda boleh menjadi tempat persembunyian pelbagai jenis kuman yang membawa penyakit-penyakit berbahaya. Oleh itu, pastikan tangan anda sentiasa bersih. Basuhlah tangan dengan betul. Amalkan langkah-langkah berikut.

* Langkah pertama. Basahkan tangan anda dan ratakan sabun dengan sempurna
* Langkah yang kedua. Gosok kedua-dua belah tapak tangan anda
* Langkah yang ketiga. Gosok setiap jari dan celah jari anda
* Langkah yang keempat. Gosok kuku di tapak tangan anda
* Langkah yang kelima. Gosok belakang tangan dan celah jari anda
* Langkah yang keenam. Basuh tangan anda dengan aliran air yang bersih
* Dan langkah yang ketujuh. Keringkan tangan anda dengan tisu atau kain yang bersih

Tangan yang bersih boleh mencegah penyakit. Amalkan membasuh tangan dengan cara yang betul. Keputusan di tangan anda.

Sumber : FB KKM

#eksaippj
#unitpromosieksaippj
#kearahpengekalansijilcemerlangeksaippj

No comments:

Post a Comment